Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang (Kerajaan)
Kuala Terengganu
Maklumat Masjid
- Telefon: 09-6234453
- Daerah: Kuala Terengganu, Terengganu
- Navigasi & Lokasi:
Sejarah
Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dibina pada 2 Mei 1981 Masihi dan siap sepenuhnya pada 2 November 1984 Masihi. Peletakan batu asas masjid ini telah dilakukan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu pada awal bulan Julai 1978 Masihi. Tapak Masjid Al-Muktafi Billah Shah ini pada asalnya ialah tapak dewan orang ramai dan juga tanah perkuburan Hospital Kuala Terengganu.
Binaan
Masjid ini berkonsepkan reka bentuk moden berteraskan ciri-ciri tempatan. Reka bentuk masjid ini menyerupai masjid Timur Tengah terutama bahagian bumbungnya yang berbentuk rata. Ukiran yang menjadi tatarias dan seni khat pada mimbar masjid ini pula dihasilkan oleh Balai Seni Ukir Wan Su dari Besut, Terengganu.
Selain menjadi tempat ibadah yang selesa, masjid ini turut menempatkan sebuah Makam Diraja Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu Sultan Terengganu yang ke-15. Makam tersebut terletak bersebelahan dengan mihrab masjid. Baginda telah dimakamkan pada hari Jumaat, 15 Mei 1998 Masihi bersamaan 18 Muharam 1419 Hijri.

Lokasi di Peta
Acara Akan Datang
Tiada acara dijadualkan buat masa ini.
Kelas Iqra & Al-Quran
Tiada kelas pengajian Al-Quran berdaftar buat masa ini.
Tabung Masjid
QR tabung masjid belum dimuat naik.