Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu

JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN BULATAN SEMBULAN 88100, KOTA KINABALU

Maklumat Masjid

  • Telefon: 088-222 435
  • Daerah: Kota Kinabalu, Sabah
  • Navigasi & Lokasi:
    Google Maps Waze

Kemudahan

Masjid ini menyediakan sebuah dewan umum yang dapat memuatkan kira-kira 2,000 orang jemaah di tingkat bawah. Ia menjadi tempat mengadakan seminar, perbincangan umum, persidangan, ceramah, kuliah dan seumpamanya.

Sejarah

Masjid negeri Sabah terletak di Bulatan Sembulan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1970 Masihi dan siap sepenuhnya pada tahun 1975 Masihi. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 11 Rejab 1397 Hijri bersamaan 28 Jun 1977 Masihi. Tapak masjid Negeri Sabah ini ialah seluas 14.5 ekar dan berada di lokasi yang strategi kerana dikelilingi dengan kompleks kerajaaan, bangunan USIA, bangunan Yayasan Sabah, bangunan Tabung Haji dan beberapa Institusi pengajian, sekolah, serta kawasan perkampungan Sembulan.

Binaan

Masjid Negeri Sabah pernah diklasifikasikan sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Konsep reka bentuk masjid ini disediakan oleh Syarikat Jurubina Bertiga dengan menggabungkan konsep reka bentuk di Timur Tengah dan konsep moden. Kubah besar yang terletak di atas enam sagang atau tiang besar di bahagian arah kiblat masjid menampilkan ciri-ciri tersebut dan ditambah dengan hiasan berbentuk sarang lebah berwarna keemasan menandakan kecemerlangan Islam di Sabah. Kubah ini berketinggian 132 kaki dari paras tanah dan bergaris lintang sepanjang 70 kaki.

Sebuah menara sebagai mercu tanda masjid didirikan bersekali dengan bangunan ini. Ia berketinggian 215 kaki dan berada di tapak bahagian ruang masuk masjid. Konsepnya diilham dari masjid di Istanbul dan Isfahan melambangkan ketinggian dan kemuliaan Islam. Di kaki menara disediakan kolam dan air pancuran daripada batu mozek dan ditambah dengan lampu berwarna warni sebagai hiasan. Selain itu, masjid ini diiringi sebanyak 16 buah tiang berkubah warna emas senada antara satu sama lain. Dililitan setiap tiang ini dihiasi dengan potongan ayat suci al-Quran bertintakan warna emas.

Dewan sembahyang utama masjid dikelilingi dengan ruang serambi yang luas hingga ke belakang. Ia boleh memuatkan jemaah seramai 5,000 orang dalam satu masa. Sementara dewan solat wanita yang berada di tingkat atas mampu memuatkan seramai 500 orang.

Lokasi di Peta

Acara Akan Datang

Tiada acara dijadualkan buat masa ini.

Kelas Iqra & Al-Quran

Tiada kelas pengajian Al-Quran berdaftar buat masa ini.

Tabung Masjid

QR tabung masjid belum dimuat naik.

Tempah Penginapan

Homestay Wakaf & Musafir


Tiada bilik penginapan disenaraikan untuk masjid ini.
×
Harga Bilik (x1) RM 0.00
Cukai & Caj Servis RM 0.00
Jumlah Perlu Dibayar RM 0.00