Masjid Sultan Iskandar
JLN MASJID 86800 MERSING
Maklumat Masjid
- Daerah: Mersing, Johor
- Navigasi & Lokasi:
Kemudahan
Tandas /Bilik air awam
Laluan ramp untuk kerusi roda (OKU)
Tandas oku
Sejarah
Masjid Jamek Mersing terletak di Bandar Mersing ini telah didirikan pada 7 Syawal 1375 Hijri bersamaan 18 Mei 1956 Masihi. Upacara peletakan batu asas masjid ini kemudiannya telah disempurnakan oleh Dato' Syed Alwi, iaitu Mufti Kerajaan Negeri Johor ketika itu pada 24 Zulhijjah 1375 Hijri bersamaan 2 Ogos 1956 Masihi.
Binaan
Masjid Jamek Mersing dibina berkonsepkan seni bina Afrika Selatan. Sebuah kubah yang bersaiz besar memenuhi bahagian bumbung masjidnya yang rata. Bentuk bangunan keseluruhannya empat persegi dan terdapat dua buah anjung serta sebuah menara dibina bercantum di sisi bangunan masjid ini. Anjung tersebut dibina mengikut reka bentuk seni bina Melayu. Kemasan luarnya sangat mudah dengan hanya menampilkan reka bentuk gerbang pada kedua anjung tersebut.
Lokasi di Peta
Acara Akan Datang
Tiada acara dijadualkan buat masa ini.
Kelas Iqra & Al-Quran
Tiada kelas pengajian Al-Quran berdaftar buat masa ini.
Tabung Masjid
QR tabung masjid belum dimuat naik.